Sejarah awal Kumpulan V.E

V.E ditubuhkan sekitar tahun 1997 sewaktu tiga dari anggotanya iaitu Zaf , Lah, Shah dan JFK masih bersekolah. Bakat yang ada tidak disia-siakan dan mereka memasuki satu pertandingan nyanyian dan mendapat tempat kedua. Namun, tawaran untuk bernaung sebagai artis rakaman terpaksa disimpan dahulu demi memberi laluan kepada persekolahan. Setelah tamat persekolahan, mereka mula bergiat aktif.

V.E yang membawa maksud Voices of Euphonious, pada mulanya hanya menamakan kumpulan mereka sebagai Euphonious yang kemudian diringkaskan menjadi V.E untuk memudahkan orang mengenali mereka.